FAQ: Academic Quality Coordinator
- Bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diterima dari masa ke semasa dan melapor maklum balas kepada Dekan dan mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pengurusan Jaminan Kualiti Akademik UNIMAS yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UNIMAS.
- Memastikan prosedur aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian agar mematuhi manual jaminan kualiti UNIMAS.
- Menentukan kaedah yang diperlukan bagi memastikan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian dan kawalan pelaksanaannya adalah berkualiti
- Melaksanakan peningkatan kualiti berterusan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian.
- Menyediakan laporan tahunan pengurusan kualiti akademik Fakulti dan diserahkan kepada Pusat Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik (PJPA).
- Mengenalpasti keperluan untuk penawaran kursus dan/atau program baru serta keperluan untuk semakan kurikulum program sedia ada.
- Memastikan semakan kurikulum program memenuhi keperluan berikut (jika berkenaan): (a) arahan KPT (b) standard program MQA (c) Senat (d) Lembaga Pengarah Universiti
- Menyemak dan memoderasikan kertas cadangan untuk penawaran program baru (profesional dan bukan profesional) untuk tujuan akreditasi sementara dan kelulusan penawaran program berdasarkan keperluan berikut di peringkat Fakulti
- Menyemak dan memoderasikan dokumentasi untuk semakan kurikulum program sedia ada (profesional dan bukan profesional) di peringkat Fakulti, bagi tujuan akreditasi penuh berdasarkan keperluan


