Frequently Asked Question

Permohonan Akreditasi Sementara MQA-01

a) Apakah dokumen rujukan yang diperlukan untuk membangunkan program akademik yang baharu?

b) Bilakah Fakulti perlu menghantar dokumen COPPA untuk tujuan permohonan akreditasi sementara?

c) Apakah prosedur untuk pembangunan dan penghantaran dokumen COPPA bag tujuan permohonan akreditasi sementara?

d) Apakah MQA-01?

Permohonan Akreditasi Sementara MQA-02

a) Bilakah Fakulti perlu menghantar dokumen COPPA untuk tujuan permohonan akreditasi penuh?

b) Apakah prosedur untuk pembangunan dan penghantaran dokumen COPPA bagi tujuan permohonan akreditasi penuh?

c) Apakah MQA-02?

Semakan Kurikulum

a) Bila program akademik perlu melakukan semakan kurikulum?

b) Dimanakah perisian excel untuk pengiraan perubahan maklumat program akademik dapat di muat turun?

c) Apakah yang terjadi sekiranya peratusan perubahan semakan kurikulum melebihi 30%?

d) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya nama program bertukar?

e) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya bidang NEC bertukar?

Jawatankuasa Pengurusan Kualiti Fakulti

a) Apakah fungsi Jawatankuasa Pengurusan Kualiti di Fakulti/Pusat?

  • Bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diterima dari masa ke semasa dan melapor maklum balas kepada Dekan dan mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pengurusan Jaminan Kualiti Akademik UNIMAS yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UNIMAS.
  • Memastikan prosedur aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian agar mematuhi manual jaminan kualiti UNIMAS.
  • Menentukan kaedah yang diperlukan bagi memastikan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian dan kawalan pelaksanaannya adalah berkualiti
  • Melaksanakan peningkatan kualiti berterusan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian.
  • Menyediakan laporan tahunan pengurusan kualiti akademik Fakulti dan diserahkan kepada Pusat Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik (PJPA).
  • Mengenalpasti keperluan untuk penawaran kursus dan/atau program baru serta keperluan untuk semakan kurikulum program sedia ada.
  • Memastikan semakan kurikulum program memenuhi keperluan berikut (jika berkenaan): (a) arahan KPT (b) standard program MQA (c) Senat (d) Lembaga Pengarah Universiti
  • Menyemak dan memoderasikan kertas cadangan untuk penawaran program baru (profesional dan bukan profesional) untuk tujuan akreditasi sementara dan kelulusan penawaran program berdasarkan keperluan berikut di peringkat Fakulti
  • Menyemak dan memoderasikan dokumentasi untuk semakan kurikulum program sedia ada (profesional dan bukan profesional) di peringkat Fakulti, bagi tujuan akreditasi penuh berdasarkan keperluan

 

b) Siapakah yang melantik Ketua FQMC fakulti?

  • Dekan setiap fakulti akan mencadangkan nama Ketua FQMC fakulti kepada BJKA dan akan dilantik oleh Yang Berbahagia Naib Canselor

 

c) Perlukah setiap fakulti melantik Penolong Pendaftar sebagai ahli FQMC fakulti?

  • Ya.Ini adalah supaya Penolong Pendaftar peka terhadap isu pengurusan kualiti akademik yang dihadapi dan mengambil tindakan yang sewajarnya untuk penambahbaikan kualiti berterusan di fakulti masing-masing.
Audit Lokasi

a) Bagaimanakah audit lokasi dilaksanakan?

  • BJKA akan memaklumkan kepada fakulti berkenaan dengan audit lokasi yang akan dilaksanakn difakulti masing-masing. Ketua FQMC dan Penolong Pendaftar akan mengiringi auditor yang yang dilantik sepanjang audit lokasi dilaksanakan. Bagi audit lokasi di kampus UNIMAS, borang yang khusus telah disediakan oleh BJKA untuk memudahkan auditor menyemak kemudahan yang disediakan oleh fakulti atau Pusat. Beberapa gambar akan diambil sebagai bukti untuk dikepilkan bersama laporan audit ini. Audit lokasi ini adalah untuk memastikan kemudahan yang disediakan oleh fakulti dan Pusat mengikut keperluan program yang telah digariskan oleh MQA dan Badan Professional. Bagi audit lokasi program pesisir luar kampus utama UNIMAS, audit lokasi akan melibatkan penyemakan fail kursus dan kemudahan-kemudahan yang disediakan kepada pelajar. Laporan audit hendaklah diserahkan kepada BJKA selewat-lewatnya dua (2) minggu selepas audit lokasi dilaksanakan.

 

b) Siapakah yang terlibat dalam audit lokasi?

  • Ketua FQMC dan Penolong Pendaftar akan mengiringi auditor yang yang dilantik sepanjang audit lokasi dilaksanakan. Staff pentadbiran yang bertanggungjawab dalam menguruskan makmal, dewan kuliah, bilik tutorial, bilik kebal dan kemudahan-kemudahan yang melibatkan pengajaran dan pembelajaran juga sepatutnya bersedia untuk memudahkan lawatan audit tersebut.
Audit Tahunan

a) Apakah yang perlu disediakan oleh setiap pensyarah untuk audit tahunan?

  • Penyelaras kursus bertanggungjawab menyediakan fail kursus pada setiap semester. Fail kursus merupakan satu fail yang menyimpan maklumat sesuatu kursus seperti Rangka Kursus (Course Outline), Pelan Kursus (Course Plan), senarai kehadiran, surat pelantikan pengajaran, jadual, laporan MyMark(Borang Permarkahan Kursus (Course Marking Form), Gred and Jumlah Markah Pelajar (Student Grade and Total Mark), Statistik Pencapaian Peperiksaan (Examination Performance (Statistic) dan Laporan Pencapaian CLO (CLO Achievements Report) dan Analisis Kajian Pelajar (Student Analysis Survey), Nota kuliah, Slaid Kuliah, Tutorial ( Soalan Tutorial dan Skema Jawapan Tutorial), Amali (Nota Makmal, Soalan Makmal dan Rubrik Makmal) dan Problem-Based Learning (PBL), Kaedah Penilaian (Tutorial, Kuiz, Tugasan, Projek, Ujian, Peperiksaan Pertangahan/Akhir Semester). Penyelaras kursus perlu menyertakan Soalan, Rubrik dan Tiga Contoh Jawapan Pelajar bagi setiap penilaian(Tinggi, Sederhana dan Rendah. Penyelaras program bertanggungjawab untuk mengingatkan semua penyelaras kursus untuk menghantar fail kursus masing-masing yang telah lengkap untuk disemak oleh ahli UPIK mengikut garis masa proses kerja yang telah ditetapkan..

 

b) Berapa kerapkah audit fail kursus dilaksanakan?

  • Audit fail kursus dilaksanakan selepas semester 1 dan semester 2 berakhir. Ahli UPIK akan mula menyemak fail kursus dua (2) minggu selepas Mesyuarat Senat Peperiksaan diadakan. Ahli FQMC akan mengesahkan audit yang telah dibuat oleh ahli UPIK.

 

c) Apakah yang perlu dilakukan sekiranya dokumen audit telah lengkap?

  • Sekiranya dokumen audit telah lengkap, ketua FQMC bertanggungjawab menyemak dokumen serta memastikan bukti-bukti yang berkaitan dikepilkan dengan lengkap serta menandatangani dokumen yang terlibat. Seterusnya ditandatangani oleh Dekan Fakulti bagi tujuan pengesahan. Memo berkaitan dengan dokumen audit bersama bukti-bukti berkaitan hendaklah dihantar kepada Pengarah BJKA. BJKA akan membuat tindakan selanjutnya.

Contact us

For more inquiries on Academic Quality and Accreditation in UNIMAS.
Please fill the required field.
Please fill the required field.
Please fill the required field.