FAQ: Academic Quality Coordinator

Apakah fungsi Penyelaras Kualiti Akademik di Fakulti/Pusat?
  1. Bertanggungjawab melaksanakan arahan yang diterima dari masa ke semasa dan melapor maklum balas kepada Dekan dan mesyuarat Jawatankuasa Sistem Pengurusan Jaminan Kualiti Akademik UNIMAS yang dipengerusikan oleh Naib Canselor UNIMAS.
  2. Memastikan prosedur aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian agar mematuhi manual jaminan kualiti UNIMAS.
  3. Menentukan kaedah yang diperlukan bagi memastikan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian dan kawalan pelaksanaannya adalah berkualiti
  4. Melaksanakan peningkatan kualiti berterusan aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian.
  5. Menyediakan laporan tahunan pengurusan kualiti akademik Fakulti dan diserahkan kepada Pusat Jaminan Kualiti dan Pembangunan Akademik (PJPA).
  6. Mengenalpasti keperluan untuk penawaran kursus dan/atau program baru serta keperluan untuk semakan kurikulum program sedia ada.
  7. Memastikan semakan kurikulum program memenuhi keperluan berikut (jika berkenaan): (a) arahan KPT (b) standard program MQA (c) Senat (d) Lembaga Pengarah Universiti
  8. Menyemak dan memoderasikan kertas cadangan untuk penawaran program baru (profesional dan bukan profesional) untuk tujuan akreditasi sementara dan kelulusan penawaran program berdasarkan keperluan berikut di peringkat Fakulti
  9. Menyemak dan memoderasikan dokumentasi untuk semakan kurikulum program sedia ada (profesional dan bukan profesional) di peringkat Fakulti, bagi tujuan akreditasi penuh berdasarkan keperluan