FAQ: About Accrediation

Apakah Perbezaan di antara kelulusan kementerian Pengajian Tinggi (KPM) dengan Akreditasi MQA?
Pada prinsipnya, pihak KPM mempertimbangkan kelulusan sesuatu pengajian berdasarkan pengesahan kualiti yang dilaksanakan oleh MQA melalui proses akreditasi.Akreditasi sementara diambil kira oleh KPM bagi mempertimbangkan permohonan kelulusan daripada Pemberi Pengajian Tinggi (PPT) untuk menawarkan program baru.Akreditasi dan pengekalan status akreditasi merupakan salah satu syarat bagi PPT memperbaharui kelulusan program daripada KPM.Dalam waktu yang sama, pertimbangan KPM terhadap permohonan kelulusan program berkenaan turut mengambil kira syarat-syarat lain yang ditetapkan di bawah Akta IPTS 555.